Pendaftaran akan ditutup pada 15 Julai 2025 @ Kuota acara penuh (yang mana lebih awal)
Apa itu konsep The Pilot: Paperplane & Water Rocket Challenge ?
The Pilot: Paperplane Challenge 2025 ialah pertandingan berasaskan sains penerbangan yang menguji kefahaman pelajar tentang aerodinamik, kejuruteraan, dan inovasi dalam reka bentuk kapal terbang kertas. Acara ini bukan sahaja bersifat kompetitif tetapi juga berfungsi sebagai platform pendidikan STEM & pengalaman industri penerbangan dengan bimbingan pakar.
Apa kelebihan jika pelajar sekolah sertai?
Kelebihan utama adalah acara ini telah mendapat kebenaran dari KPM dan pelajar akan dapat pengiktirafan peringkat kebangsaan setelah pihak urusetia menghantar laporan dan mendapat surat pengiktirafan PAJSK dari BSKK KPM. Sila rujuk surat yang dilampir.
Adakah penyertaan acara ini percuma?
Ya, setiap pembelian tshirt The Pilot, akan didaftarkan secara percuma. Setiap peserta= 1 t-shirt
Apakah acara dan kategori pertandingan?
Terdapat 3 acara iaitu
Peluncuran kapal terang bersasar
Peluncuran roket air bersasar
Rekabentuk model kapal terbang
Kategori dibahagikan kepada 6 kategori iaitu
Alpha= Sekolah Rendah L & P,
Bravo= Sekolah Menengah L & P,
Charlie= Kolej/IPT L & P.
Apa peserta akan dapat bila menyertai?
Setiap peserta akan diberikan e-sijil penyertaan & tshirt, manakala 3 kumpulan pemenang berkumpulan akan mendapat sijil pencapaian bercetak berserta tajaan wang tunai.
Adakah penyertaan berkumpulan sahaja?
Ya dan setiap kumpulan terdiri 3 pelajar bagi setiap acara. Sila rujuk buku panduan yang telah disediakan.
Bolehkan peserta menyertai 2 acara?
Tidak boleh, setiap pelajar hanya dibenarkan sertai 1 acara sahaja.
Boleh sertai pertandingan tanpa melalui sekolah?
Boleh, dengan syarat setiap penyertaan perlu di bawah pengetahuan pihak sekolah walaupun hadir dengan waris.
Adakah dibenarkan 1 pasukan bercampur sekolah?
Ya dibenarkan selagi mana di bawah kategori sama
Berapa pasukan maksima dibenarkan setiap sekolah?
Tiada had maksima ditetapkan namun pihak penganjur telah menetapkan kuota setiap acara, ianya berdasarkan "first come first serve"
Berapakah had umur peserta?
Had umur merujuk kepada tahap 2 bagi sekolah rendah (darjah 4-6) dan tahap menengah rendah (ting.1-3) serta tahap menengah atas(ting. 4&5)
Bilakah tarikh akhir pendaftaran?
15 Jun 2025 @ kuota telah penuh.