Apa itu konsep The Pilot: Paperplane & Water Rocket Challenge ?
The Pilot: Paperplane & Water Rocket Challenge 2025 ialah pertandingan berasaskan sains penerbangan yang menguji kefahaman pelajar tentang aerodinamik, kejuruteraan, dan inovasi dalam reka bentuk kapal terbang kertas. Acara ini bukan sahaja bersifat kompetitif tetapi juga berfungsi sebagai platform pendidikan STEM & pengalaman industri penerbangan dengan bimbingan pakar.
Apa kelebihan jika pelajar sekolah sertai?
Kelebihan utama adalah acara ini telah mendapat kebenaran dari KPM dan pelajar akan dapat pengiktirafan peringkat kebangsaan setelah pihak urusetia menghantar laporan dan mendapat surat pengiktirafan PAJSK dari BSKK KPM. Sila rujuk surat yang dilampir.